Friday, January 1, 2016

Info Sihat ~ Sourdough Starter

Assalamualaikum..

Selamat sejahtera ke atas kamu..

Sourdough?
Doh masam?

Special sangat ke?
Sedap sangat ke?
Macam mana rasanya?
Macam mana rupanya?
Kenapa nak sourdough?


Izinkan saya bercerita sedikit tentang sourdough ni ya..

"Sourdough bread is made by the fermentation of dough using naturally-occurring lactobacilli and yeast" - sumber

Sourdough ini sebenarnya cara kuno untuk mengembangkan roti. Sourdough adalah yis yang dibuat dengan menggunakan fermentasi(peram) yis liar tanpa penambahan yis instant maupun bread improver. 

Roti yang dibuat dari yis liar ini lebih baik, lebih sihat, mudah dicerna, harum dan sedap. Dengan sourdough, tubuh kita tak perlu bekerja keras untuk mencerna makanan. InsyaAllah, lebih lawas :D

Selain itu, mikroorganisma juga menambah gizi dan nutrisi dari enzim yang dihasilkan semasa proses fermentasi. Enzim-enzim ini dapat meningkatkan kesihatan tubuh dan bersifat anti-kolesterol, anti-kanser. dan anti-oksidan.

Dan istimewanya lagi, roti soudough boleh disimpan lebih lama kerana kewujudan yis liar dan mikroorganisma menghasilkan senyawa antibakteria dan meningkatkan keasidan roti. Roti sourdough ni sememangnya masam rasanya.

"Sourdough bread is made by the fermentation of dough using naturally-occurring lactobacilli and yeast. Sourdough bread has a mildly sour taste not present in most breads made with baker's yeast and better inherent keeping qualities than other breads, due to the  produced by the lactobacilli. " - sumber


Macam mana nak buat starter di rumah? Ianya sangat mudah, tetapi memerlukan kesabaran yang agak tinggi sebab ia makan masa 7-8 hari untuk mendapat hasilnya... Basically, saya follow flow seperti dalam gambar di bawah ini. Mudah faham daripada ayat explaination panjang-panjang.

Baca, Faham, Hadam dan Buat... :)


Percubaan pertama dan kedua saya GAGAL.. Habis gak rasanya tepung sekilo.. Tak cukup lagi ilmu time tu. plus xd cikgu.. :) Bab cikgu ni, saya diberi rezeki berkenalan dengan kak Ros, Dapatla tips kejayaan menghasilkan Sourdough ni. Tips!Jangan Mudah Mengalah..

Bahan-bahan yang diperlukan


video

Kacau-kacau dan berdoa agar ia menjadi. :)

Hasil.. ada sedikit takungan air disitu. 
Tips! Kurangkan kecairan bancuhan

Hidup cantik. 2 percubaan yang gagal tu, waktu ini la dia berkulat.
Tips! Untuk elakkan ia berkulat sebaiknya steril dahulu semua peralatan. 

Lemassssssss...

It's alive!! Bubble-Bubble... Plop Plap Plop Plap.. 
Video nak upload, ada script "ummi, iyakkk!!"
But it's really super duper active!

Guna balang jernih ni la keistimewaannya.. Boleh nampak rongga-rongganya...
Perjalanan Day 2 hingga Day 6, perjalanan yang tak menyemangatkan hati. Setiap kali feeding, macam tu je banyak, takat yang sama je. Tak bubble mana pun, macam nak mati je kamu ini.. Gitu la perasaannya. TAPI keep feed setiap waktunya ye. InsyaAllah at day 7 or maybe day 8 your starter will double the size. Refer next pic below. Hint! Day 2 till Day 6, tahan la nafas kalau tak tahan. Sangat masam!

Day 1 dan Day 7 yang bubbly..

Actually, 2 hari yg disebut dalam gambar di atas ni je yang bubbly, Day yg lain statik cam tak de pape pun.. Tips! selagi tak berkulat, Ia masih bernyawa. Hint! baunya harum mewangi. Serious! Tidak lagi bau masam. :)


Semangat sangat time ni... 

Testing! sourdough ini cukup kuat atau tidak.
Ambil air suam secawan, ambik sesudu stater td. kalau terapung maka ia dah pun jadi. Boleh menroti @ mendonut terus. Nak tahu resepi homemade sourdough bread pertama saya? Klik gambar di bawah ye..


Video dari youtube. Moga membantu. Fight untuk hidup dengan lebih sihat.
Selamat menonton..:)



****************************************************************************************








Untuk maklumat lanjut dan pembelian:








Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 







0 comments:

Post a Comment