Wednesday, October 12, 2016

Cara mengawal ekzema supaya tidak bertambah parah

Assalamualaikum wbt semua,

Moga sihat sejahtera hendaknya.
Terima kasih sudi membaca post2 dari akakmanis ya.

Hari ini akakmanis nak kongsi pengalaman mengawal ekzema melalui natural ways. Ini apa yang akakmanis buat untuk si ipin ya..

Bagi yang belum pernah tahu keadaannya boleh baca di https://goo.gl/GJWy2V .

**Maaf gambar kurang ada sebab akakmanis tak malu flashback. Dlm handphone pun tiada kalau waktu teruknya... Tak sanggup...**
Beginilah gaya sambil melakukan kerja-kerja rumah

Ok, berbalik pada tajuk.. bagaimana cara mengawalnya?
La ni alhamdulillah, nampak sangat berbeza.. Sekarang dah 2 tahun pun imun dah kuat orang kata. Tapi Adni Naeim progress positif start usianya setahun 1 bulan. Better and better.. Alhamdulillah.

Cara untuk mengawal Ekzema

1. Amalam pemakanan

SANGAT PENTING untuk diingatkan bila kita berhadapan dengan ekzema, KULIT adalah organ pembuangan terbesar yang terdapat pada tubuh badan kita. Maknanya apa saja yang kita makan akan dikeluarkan pada luaran(kulit) kerana kulit merembeskan hasil buangan. Rawatan melalui ubatan semata-mata sahaja tidak menjamin ekzema segera sembuh. 


Pemakanan adalah faktor terpenting dalam kesihatan kulit. Perubahan kecil pada amalan pemakanan mampu membantu memperbaiki ekzema. Apakah pemakanan yang disarankan? Fokus pada isu yang mana? Akakmanis sarankan untuk makan makanan yang mengalakkan kesihatan perut dan hati, cut off gula dan makanan tinggi gluten sebanyak mungkin. 

Jom tukar!!EH! bukan nak pilihanraya ni.
JOM TUKAR daripada pemakanan biasa kepada pemakanan yang mengandungi buah-buahan segar, sayur-sayuran, kacang dan bijirin.

  • Makan buah-buahan yang kurang manis - pada awalnya Adni akan flare bila makan buah pir yang warna kuning+merah tu, anggur yang hitam. Pisang juga ada yang tidak pass. Buah apricot, kiwi hijau or kuning both ok. Mungkin untuk orang lain akan flare, tapi untuk Adni bebuahan ini ok. So, mak-mak, ayah-ayah perlu buat try and error lah.. :)
  • Sayuran lebih kepada sawi, brokolli, bayam, 
  • Kurangkan makan ayam atau cuti dahulu makan. Daging lembu memang akakmanis tak berani sentuh sebab makan sepotong kecil pun buat Adni flare berhari-hari. Memang tak geng langsung dengan lembu. Even grassfeed ya. So, protein akakmanis ambik dari ikan-ikan dan kacang soya.
  • Roti, pasta, cereal, makanan proses semua akakmanis tinggal.. GOOD BYE!!
  • Gluten. Akakmanis tinggal makanan enak lazat seperti kuih muih kerana gluten dan gula putih. Sanggup tak makan, sebab tak sanggup nak hadap kesannya.

2. Produk tenusu.

Since preggy, akakmanis memang tak boleh terima susu. Then bila anak ekzema ni juga alah pada susu lembu, susu kambing makam memang langsung tinggalkannya. Jika anda juga mengalami masalah seperti ini. Akakmanis sarankan tinggalkan sementara susu lembu dan susu kambing sehingga anak pulih. Kalau tak ia seperti usaha yang sia-sia sahaja. Susu lembu boleh menjadi terlalu berasid dan biasa terhadap hormon serta bahan kimia yang memberi kesan negatif kepada sistem imun dan mencetuskan ekzema.

Anda masih boleh mendapatkan alternatif lain seperti susu beras, oat, badam, hazelnut mahupun kalsium tablet semulajadi. Kalsium yang terbaik adalah yang mampu larut dalam masa kurang 30minit seperti Ostematrix.

Serangan bertubi-tubi ke atas pipi. 

3. Ambil makanan tambahan.

Sejauh mana kita dapat memastikan vitamin dan nutrisi diserap dengan baik dari pemakanan kita? Walaupun kita telah mengaamalkan pemakanan seimbang, kita tidak dapat memastikan serapan itu cukup atau tidak. Mujurlah, banyak makanan tambahan yang boleh membantu dalam mengawal ekzema.
  • Asid lemak ~ Asid lemak dapat membantu mengurangkan keradangan dan melegakan kekeringan pada kulit. Ia sangat-sangat membantu dalam mengawal ekzema menjadi lebih teruk. Pilih la makanan tambahan yang mengandungi omega 3, 6 dan 9.
  • Vitamin A, D dan E~ Gabungan 3 vitamin ini mampu membantu kulit kekal lembap, memperbaiki tekstur kulit, menggalakkan penghasilan kolagen dan melindunginya daripada radikal bebas.
  • Makanan tambahan yang mengandungi gamma-linolenic acid ~ Gamma Lonilenic Asid (GLA) ialah asid lemak yang berada di dalam evening primrose (EPO), minyak borage dan minyak blackcurrant. Dipercayai dapat melegakan keradangan kulit dan memperbetulkan keseimbangan lipid pada kulit.

4. Kawal tekanan atau stress

Percaya atau tidak, ekzema dan emosi sangat berkait rapat - secara psikologi dan fizikal. Jika kita terlalu tertekan dan stress, ekzema anak kita bertambah teruk, flare dan flare. Maka, cari masa untuk menenangkan fikiran anda.

  • Tidur yang cukup ~ dapatkan tidur antara 7-8jam pada waktu malam untuk mengurangkan stress. Sepertinya mustahil je ye! 
  • Meditasi ~ Pergi tempat yang tenang dan fokus kepada penafasan boleh memberi kesan positif kepada mental dan fizikal. Sebagai umat Islam pula, kita boleh amalkan solut sunat serta perbanyakkan zikir untuk mendapatkan ketenangan dan ianya mudah untuk dilakukan dirumah.
  • B Compleks ~ Di dalam B compleks terdapat beberapa pecahan seperti:
    • Vitamin B5, dapat menbantukan menggurangakan stress mental dan fizikal
    • Vitamin B6, Vitamin uatama dalam pembentukan asid amino. Kekurangan keimbangan serotonin akan menyebabkan tekanan.
    • Vitamin B9, B9 dan B12 bengabung untuk membantu fungsi neurotransmitter bagi mengurangkan tekanan di dalam badan.
    • Vitamin B12, Mengawal kesihatan sistem sarag dan membantu pembentukan sel darah.

Perubahan positif ke atas ekzema Adni selepas akakmanis beri omega3 direct kepadanya. Tidur malam lebih lena, kurang menggaru, maka tragdi berdarah tidak lagi berulang.. Syukur alhamdulillah sebab lebih baik dari sebelumnya walaupun ia perubahan yg sedikit, tapi ia positif. :) Cukup menggembirakan hati ummi.

Sebelum itu tak makan omega3 ke? ada yang bertanya begitu. Makan, tapi akakmanis yang ambil, salur melalui susu ibu sahaja. Sebelum Adni berusia setahun, semua vitamin & makanan tambahan untuk kuatkan imun badan akk manis yang consume.  Start setahun, baru Adni diberikan omega3 dan vitamin C secara langsung. Radang dapat dikawal dan juga jarang demam mahupun selsema. Alhamdulillah. Doakan Adni Naeim sihat sejahtera sepanjang masa. Akakmanis belanja gambar terbaru sekeping ye..


Tara...Di Zoo Negara minggu lepas.

Omega3 dan vitamin C pilihan kami tentulah Omega Guard dan Chewable Vitamin C dari Shaklee yang diyakini semulajadi, selamat dan berkesan.

Kelebihan Omega Guard Shaklee


  • Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. .
  • Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. .
  • Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh. .
  • Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.
  • Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

Kelebihan Chewable Vitamin C Shaklee


  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan sangat penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan sangat membantu melambatkan penuaan
  • Chewable vitamin c shaklee membantu menguatakan tulang, gigi dan juga gusi yang sihat.
  • Meningkatkan system imun tubuh badan.
  • Tidak mempunyai sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Rasa oren yang sangat semulajadi masam masam manis, membuatkan kanak kanak sangat sukannya.
  • 1biji chewable vitamin c bersamaan dengan 1 1/2 biji oren, iaitu 100mg dalam 1tablet.
  • Tablet chew vitamin c, lebih kecil berbanding sustained citamin c, sangat mudah dihisap, kunyah..mahupun ditelan.
  • Kurang berisiko dari serangan selsema, batuk, demam dan sangat bagus untuk penghidap ekzema, resdung dan juga sebarang alahan.

Aziana
012-3687395
Business Leader dan Shaklee Independent Distributor

#omegaguard #omega3 #shakleesungaibuloh #shakleebandarsericoalfields #shakleeijok #shakleepromo 


0 comments:

Post a Comment