Monday, November 14, 2016

Supermoon 14 November 2016 adalah yang terbesar dalam kurun 70 tahun.

Teruja sangat nak melihat fenomena Supermoon malam ni. Hanya 18 tahun akan datang ia bakal berlaku lagi kalau kita terlepas menyaksikannya malam ni. Ambil peluang makan malam awal ye malam ni. Lepas tu boleh kita menikmati kebesaran dan kekuasaanNya.



Fenomena Supermoon adalah satu fenomena astronomi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam. Kejadian ini dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee bagi ahli astronomi dan istilah ‘supermoon’ di kalangan masyarakat umum. Fenomena ini boleh dilihat pada 14 November 2016. Keadaan Bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama ini menyebabkan Bulan kelihatan seolah-olah lebih besar dari keadaan biasa. 

Supermoon dari luar angkasa
Bagaimanapun saiz fizikal Bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali. Fenomena supermoon telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015. Bagaimanapun kejadian kali ini merupakan supermoon yang berada pada jarak paling dekat dengan Bumi sejak 68 tahun. Maka rakyat Malaysia perlu mengambil kesempatan ini untuk menyaksikannya kerana ianya dijangka berlaku 18 tahun akan datang.


Supermoon yang bakal berlaku sebentar lagi adalah sangat istimewa kerana Supermoon yang terbesar dalam kurun 70 tahun. Tahun ini sahaja ada 3 supermoon berlaku tetapi yang malam ini punya adalah yang terbesar. 

Siap sedia malam ni.:) 

Sumber dari sini, sini dan sini





0 comments:

Post a Comment