Wednesday, December 28, 2016

Cecair Emas, Kolostrum Untuk Si Manja Anda


KOLOSTRUM = SUPERFOOD




SUPERFOOD untuk Si Manja Anda.


Kolostrum adalah cairan EMAS
Kolostrum ialah zat yang dikeluarkan oleh kelenjar susu ibu di trimester akhir kehamilan. Zat ini akan keluar bersama-sama susu ibu setelah Si Manja dilahirkan dari hari pertama hingga hari ke tujuh. Kolostrum ini berwarna kuning pekat, sedikit namun kaya dengan gizi.



Kolostrum sangat penting kerana megandungi immunoglobulin, rantai anti-microbial, serta molekul bioaktif lain yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan bayi. Alangkah rugi jika mommies ambil tidak kisah..

Antara manfaat kolostrum kepada si manja seperti mengurangkan zat bilirubin yang berlebihan (penyebab "BAYI KUNING"), Membentuk sistem immunisasi si manja, menyempurnakan pertumbuhan dan perkembangan si manja sehingga dewasa. Menanmbah jumlah sel darah putih untuk melawan bakteria dan virus.

Kesimpulannya, zat yang terkandung di dalam cecair emas ini sangat mengagumkan, dapat membantu pertumbuhan fizikal yang sihat dan kuat sepanjang hidup si manja sejak bayi hingga dewasa. Juga, mengurangkan risiko serangan pelbagai penyakit(pernafasan dan pencernaa)

Tiada lagi alasan untuk anda berMALASan untuk memberi cecair EMAS ini kepada si manja.

Jom LIKE Breastfeeding Enjoy




0 comments:

Post a Comment