Thursday, December 29, 2016

Rapikan Persediaan Sebelum Menyusu

Gagal Dalam Penyusuan??

Plan untuk menyusukan anak seterusnya?

Rasa tak yakin langsung...


Apa yang korang perlu tahu...Sekdar berkongsi pengalaman sendiri, akakmanis kongsi sedikit ya...

Tanpa persediaan yang rapi, impian mommies untuk menyusukan si manja sepenuhnya dengan susu ibu boleh lenyap sekelip mata je dek faktor-faktor yang boleh ditangani dari awal.


                                                        
Sekadar NIAT TANPA NEKAD di hati mommies akan goyah. Sebabnya pelbagai cabaran mommies bakal tempuh. Kencundangla akakmanis kalau nak layan kata-kata yang boleh menyebabkan kita down.. Mood ke laut bila di kata "susu tak ada, mana cukup anak nak membesar"... Deeeepppp‼️so nekad tu la yang buat mommies bertahan.
                       


Alhamdulillah, dalam waktu struggle menjadi KATAK PEKAK, minta pada en laki RESTU.. Minta daripada en laki SOKONGAN. Seriously‼️ restu dan sokongan darinya adalah sumber yang magisss... Stress-stress orang duk suh top up FM... Bila ngadu kat en laki, dijawab dengan "buat yang terbaik, daddy support ummi"... Rasa macam emas berguguran dari langit dia punya happy... syukur sungguh...

Silap akakmanis ketika anak pertama adalah PERALATAN MENGEPAM tak de lagi.. Nak tunggu kerja baru beli.. Survey beria tapi tak dibelinya.. Tiada makna 😌. SILAP! Sediakan PAM sejak mengandung lagi.. Waktu berpantang mommies boleh start pam. Selain menambah demand, mommies boleh start buat stock sejak awal.. 





Sokongan suami sudah, mommies perlukan juga KUMPULAN SOKONGAN yang mana mempunyai misi yang sama macam mommies. Banyak geoup support kat FB ni seperti #bfmembers, the breastfeeding advocates network dan lain-lain.

Secara ringkas apa yang mommy to be perlukan sediakan dengan RAPI sebelum menyusu adalah

  1. Nekad dan Niat - Perkara paling penting sebelum memulakan penyususan ialah nekad di hati
  2. Restu dan Sokongan - Hal ini tak boleh di pandang sebelah mata. Dengan restu dan sokongan suami pasti tidak mudah goyah. Pada masa yang sama, dua-dua perlu sama-sama berkongsi ilmu berkenaan penyusuan.
  3. Kumpulan sokongan - Join kumpulan penyokong penyusuan susu ibu untk mendapatkan sokongan moral dan maklumat berkaitan penyusuan daripada para ibu yang lain
  4. Teknik pengurusan susu - Susu ibu perahan sensitif. Jika diuruskan dengan betul, nutrien di dalam susu ibu mudah rosak. Jadi, perlu sentiasa membaca dan bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman tentang cara yang betul untuk menguruskan susu ibu.
Last but no least, untuk mommy to be dan ibu yang bakal menyusukan si manja tidak lama lagi, moga bermanfaat perkongsian akakmanis ni ye.. BREAST MILK is the BEST.


~Anak Sihat Keluarga Gembira.~

*****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:

Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
*****************************************************************************************


0 comments:

Post a Comment