Friday, January 27, 2017

7 Tips Didik Anak Solat

Azan maghrib berkumandang..

Akan ada reminder
"Ummi, dah azan tu.."

Anak soleh ummi daddy melilau2 matanya melihat keliling sofa ditepi tangga tu.
"ummi, mana sahadah?"

"Syahadah kene baca... yang AshaduAllah Ilaha IllaAllah, Waashadu Anna Muhammadur Rasulullah"

"bukan la ummi, yang buat solat tu.."

Ummi cuba teka "Sejadah?"

"aah, salah pulak. Sejadah"

Allah... sejuk takat paras beku perut ibu mengandung orang kata..
Anakku nak solat Maghrib sama2..

Susun sejadah sorang satu..
Sejadah comel mengikut warna pilihan beli kat Mydin.
Suka sangat, sangat2 dihargai.

Seperti biasa setelah berdiri tegak (lentok2 anak2 syurga ni kira tegak la kan..) sebelum mula solat, ummi akan tanya 2 soalan.

"kita nak solat apa?"
"Maghrib"
"Maghrib berapa rakaat?"

Si adik dengan pantas "tiga"

Dah betul tu, harus di puji setinggi gunung Everest sebelum lafaz niat :D. Biar hatinya berbunga-bunga kembang setaman.

"Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Ta'ala"

Dari tahun ke tahun, dan kini setelah 3 minggu bersekolah, so far anak soleh ummi daddy lebih bagus dalam solatnya. Ok la for 5 years old untuk KPI ummi daddy. 😉Nak mengimamkan adiknya siap. Ada gayalah.



Since mendidik anak-anak untuk mengerjakan ibadat solat adalah WAJIB, dan bagi menjayakan target melakukan ibadat solat ketika usia 7 tahun dengan sukarela. Sebolehnya, tidak perlu sehingga memerlukan pukulan baru anak-anak kita bangun mendirikan Rukun Islam yang ke-2 ini. Antara usaha ke arah itu, kami kongsikan sedikit tips ya.

1. Sejak usia bayi biasakan anak kita mendengar laungan azan dari masjid @ surau berhampiran rumah atau dari televisyen. Pada waktu yang sama, berhenti berborak dan tumpukan pada suara azan. Mulakan dengan ajarkan menjawab azan.



2. Ajak bayi solat bersama. Jangan kata bayi tak faham ya. Boleh bawa mereka dengan mendukungnya or baringkan di tepi ketika kita solat. Letakkan kepercayaan, anak tidak akan mengganggu kita sebaliknya mereka akan mengikut pergerakan yang dilakukan oleh ibubapanya.

3. Ajar anak mengambil wuduk. Anak-anak biasanya suka bermain air bukan, so ambil kesempatan untuk ajarkan cara-cara mengambil wuduk dengan tertib. Walaupun basah baju dan seluar, biarkan sahaja. Itulah learning proses yang menyeronokkan anak anda.

4.  Ajarkan anak surah Al-fatihah seawal mula pandai bercakap, Ajarkan dahulu surah pertama Al-Quran ini agar ketika solat nanti, si anak boleh lebih fokus dengan membaca Al-fatihah. Dengan menghafal Al-fatihah dengan fasih, InsyaAllah anak-anak akan lebih mudah mengahafal surah-surah lazim dan bacaan di dalam solat.

5. Berdoalah untuk kebaikan anak selepas solat. Sebutkan namanya dan mohonla doa supaya dia menjadi anak yang soleh/solehah, lembut hati, bijak bistari, ringan tulang membantu orang tua, rajin solat serta berjaya dunia & akhirat.

Amalkan juga doa ketika anak sedang tidur iaitu: Surah Al-Fatihah(1 kali), Ayat Kursi(1 kali), Surah Al-Insyirah (1 kali), Surah Toha ayat 1-5(1 kali). Hembuskan pada ubun-ubun anak ketika tidur dan niatkan yang baik-baik untuk anak anda.

6. Berikan anak pujian ikhlas setinggi gunung Everest. Anak-anak ini suka dipuji, puji kelakuan baiknya yang rajin solat, solat tanpa bermain dapat menyuntik semangat untuk solat dengan tertib.

7. Jadikan doa surah Ibrahim ayat 40 amalan setiap kali lepas solat dan sebelum tidur.

رَبِّ اجْعَÙ„ْÙ†ِÙŠ Ù…ُÙ‚ِيمَ الصَّÙ„َاةِ ÙˆَÙ…ِÙ† Ø°ُرِّÙŠَّتِÙŠ ۚ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَّÙ„ْ دُعَاءِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikan daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Solat itu tiang agama. Semoga sedikit tips ini boleh diguna pakai oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak tentang kewajipan menunaikan solat.

Semoga anak-anak kita menjadi anak yang mendirikan solat, berbudi perkerti dan berakhlak mulia.
Amin.

#parentingtips #breastfeedingenjoy #coachsusuberkualiti




0 comments:

Post a Comment