Monday, February 20, 2017

Membina Tulang Yang Sihat Sejak Kanak-kanak

Apa khabar semua?

Terima kasih kerana sudi membaca post ini.
Saya akan kongsikan faktor yang akan mempengaruhi jisim atau kepadan tulang kita dan bagaimana memastikan kita cukup kalsium dalam  "bank kalsium" pada waktunya.

Seperti yang diketahu ramai, kekurangan kepadatan tulang akan mengakibatkan osteoporosis.
Penyakit ini adalah penyakit senyap yang boleh membawa maut.

5 Faktor yang memberi kesan kepada kepadatan jisim tulang

Jantina

Ia! jantina anda adalah faktor penting. Lelaki secara genera dilahirkan memiliki kepadatan tulang yang tinggi berbading perempuan. Sebelum sampai usia matang(baligh), developement tulang lelaki dan perempuan adalah pada kadar yang sama namun selepas baligh lelaki memerlukan bone mass yang lebih tinggi. So, tak hairan apabila kita melihat lelaki lebih kuat berbanding perempuan. Mampu melakukan kerja-kerja berat nak dibanding dengan wanita. 

Bangsa

Kanak-kanak perempuan di Afrika-Amerika cenderung memiliki jisim tulang puncak lebih tinggi berbanding kanak-kanak peremuan Caucasian. Dan bagaimana pula dengan orang Asia? Kanak-kanak wanita Asia memiliki jisim tulang yang paling rendah. Nampaknya kanak-kanak Asia iaitu anak-anak kita memerlukan lebih kalsium untuk diserap. Walaupun begitu, setiap wanita tanpa mengira kaum mempunyai risiko lebih tinggi untuk Osteoporosis. Maka kesimpulannya, wanita dari semua kaum perlu membina jisim setingga yang boleh bagi melindungi diri dari penyakit tersebut.

Hormon

Hormon estrogen dan testosteron atau dikenali sebagai hormon seks adalah amat penting untuk pembangunan jisim tulang. Wanita yang datang haid pada usia muda kebiasaannya memiliki kepadatan tulang yang lebih tinggi. Dalam kata lain, wanita yang mempunyai haid yang tidak normal dan altet wanita yang mempunyai tahap badan-lemak yang sangat rendah adalah berisiko tinggi tidak mencapai ketumpatan tulang yang optimum. Jika anda adalah wanita normal, pastikan kitaran haid adalah normal bagi mencapai tahap jisim tulang yang tinggi sebelum usia 30 ahun.

Aktiviti fizikal 

Adalah penting untuk membina tulang yang sihat. Antara aktiviti yang mampu merangsang bone growth adalah berlari dan jumping rope.


Nutrisi

Kalsium khususnya adalah sangat penting untuk kesihatan tulang. Kekurangan kalsium di kalangan orang muda boleh menyumbang 5%-10% lebih rendah jisim tulang dan boleh meningkatkan risiko keretakan tulang di kemudian hari. Diet yang seimbang dengan merangkumi jumlah yang cukup Vitamin D dan Vitamin K serta kalsium mineral, magnesium, zink, tembaga dan mangan penting untuk penyerapan kalsium tahap maksimum.


Apakah nutrien yang perlu untuk menguatkan tulang?


Anda memerlukan pelbagai jenis nutrien untuk memastikan perkembangan tulang yang baik. 
  • Kalsium, fosforus, magnesium di satukan bagi membentuk matriks tulang. 
  • Zink, tembaga dan magan adalah untuk pemangkin untuk tindak balas metabolik yang terlibat dalam pembinaan tulang. 
  • Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan Vitamin K membantu dalam membentukan dan memastikan protein yang dihasilkan oleh sel-sel tulang ketika pembentukan matriks tulang berfungsi dengan baik.
Walaupun semua adalah pentung untuk membina tulang yang kuat, perhatian khusu utnuk bayi dan kanak-kanak yang meningkat dewasa adalah kalsium dan vitamin D.

Sumber makanan untuk nutrisi kesihatan tulang



Membina Kepadatan Tulang Dengan Makanan Tambahan

Keperluan membantu anak membina kepadatan tulang pada tahap yang terbaik sejak kecil adalah tanggungjawab kedua ibubapa. Ibubapa boleh bermula dengan memperkenalkan makanan yang kaya dengan nutrien keperluan membina tulang yang sihat seperti kalsium, magnesium, zink, tembaga, magan dan juga Vitamin D dan Vitamin K.

Makanan tenusu merupakan makanan penyumbang tertinggi kalsium dan nutrisi baik untuk keperluan membina tulang yang sihat dari kekacang, tumbuhan hijau tua, makanan laut dan sebagai seperti gambar di atas. Namun, bancian kebangsaan yang telah dilakukan mendapati kebanyakkan kanak-kanak gagal mencapai keperluan Kalsium atau Vitamin D, mereka sebagai ibubapa memberikan anak mereka multivitamin yang mengandungi sekurang-kurangnya 400IU to 600 IU Vitamin D, 200mg Kalsium.

Berikan anak-anak kita yang terbaik sepanjang kanak-kanak bagi memastikan kesihatan tulang pada tahap optimum. Sebenarnya bukan sekadar membantu mereka memiliki tulang yang sihat tetapi membantu mereka mengurai risiko Osteoporosis di kemudian hari.


Baca: Vita-Lea® for Children


*****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
COD: Sungai Buloh, Bandar Seri Coalfields, Puncak Alam, Ijok
*****************************************************************************************


0 comments:

Post a Comment