Wednesday, February 15, 2017

Status HALAL Shaklee

Ramai juga yang bertanya-tanya "Shaklee ni halal ke?"

Rata-ratanya dari bakal pengguna Shaklee lah. 
Baguskan tu..

Kati sini saya lampirkan sijil HALAL Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Services of America(ISA).



ISA merupakan salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh pihak JAKIM. Nak tahu senarai badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM?

Boleh tengok di website My Halal . Ada tersenarai semua badan pengeluar sijil HALAL diserata dunia.

Produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. 
Untuk pengetahuan semua, tidak semua produk yang dikeluarkan oleh Shaklee berada di pasaran Malaysia.

Saya rasa berbangga kerana pengguna Islam mengambil langkah untuk memastikan produk yang diambil adalah HALAL statusnya. Tahniah semua..:) Bukan apa, zaman sekarang ni semua campur aduk ye tak? Mencari yang halal ini bukan semata-mata dari segi pemakanan sahaja tetapi pelbagai sudut lain seperti kebebasan, pencarian rezeki, pergaulan dan macam-macam lagi. Yang penting, segalanya bermula dari rezeki yang dan apa yang dimakan mahupun diminum.

Perlu di ingat dan diambil kisah, daging yang terhasil dari sumber yang tidak halal adalah bahan bakar api neraka. Belum masuk neraka lagi pun dah boleh rasa. sebagai contoh, doa tidak dimakbulkan, hati yang keras, kehidupan yang resah.

"Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM "- Mommy Lyna

Setiap badan yang tersenarai mempunyai prosedur yang ketat sebelum sijil halal dikeluarkan kepada sesuatu produk. Pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik pada bila-bila masa sekiranya pengilang/pengeluar tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Produk Shkalee yang berada si pasaran Malaysia tersenarai dalam sijil di atas, maka usah ragu-ragu untuk memilih produk Shaklee dari Malaysia. :)

Gunakan tanpa was-was. 
Nikmati kesihatan dan kehidupan yang lebih baik dengan Shaklee.


Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi contact di www.shaklee.com.my.




0 comments:

Post a Comment