Wednesday, March 1, 2017

Tidur Ketika Berpantang, Aah Tidur Pun Ada Pantangnya.

Semalam akakmanis ada bertanya di FB,

Dalam pantang tidur terlentang ke mengereng? #tipsberpantang


Korang tidur ada pantang tak?

Dalam komen-komen tu ada juga yang terkejut bertanya "tido pun ada pantang?"



Akakmanis ni keturunan jawa, darah jawa dari arwah bapak dengan mak, so berpantang di rumah mak, pastinya perlu berpantang cara jawa juga.

Korang tahu tak? mak pernah cerita dulu zaman dia bersalin anak awal-awal. Dahsyat punya pantang gini. Terkedu tapi teringin nak merasa. Sebabnya akak ni suka nak meras yang traditional. Susah nak cari tau. Kalau yang moden ni bersepah ada.

Rata-rata dari komen post akak tu, tidur berpantang mereka adalah tidur terlentang, dan ada juga tidur mengereng dengan alasan mudah nak menyusukan anak. Yang gaya sama dengan akak adalah sepupu-sepupu akak jer.. "Dah? keturunan mak aku je ke yang tidur gitu dalam pantang?" kata-kata dalam hati.

"Mak dulu dalam pantang tidur duduk, badannya bersandar pada dinding. kakinya lurus ke depan. Arwah mbah dulu letak pancang kat hujung kaki. diikat supaya kaki tak bergerak. Lurus. Lukanya cepat baik, peranakan cepat pulih, dan rapat"


haa.. seram tak seram, rasa lenguhnya kaki ku! erk..!

Zaman kakak2 pun mak dah diskaun, tak de la mak nak pancang kaki anaknya ni.. so sampai ke anak bongsu mesti lagi diskaun. Selama berpantang kami tidur atas kerusi malas je, bersendal bantal bagi kepala tinggi dan untuk keselesaan. Kemudia pada kaki letak satu bantal, supaya kaki tinggi sedikit.

Posisi Tidur Ketika Berpantang


Rationalnya kami tidur duduk adalah kerana: 

Pertama, untuk elakkan darah kotor naik ke atas dan boleh akibatkan pening dan loya sewaktu berpantang.

Kedua, tidur duduk boleh memastikan kaki rapat dan lurus untuk peranakan cepat pulih seperti sedia kala. Dan elak darah putih naik nanti cepat rabun katanya.

Akak belanja gambar waktu berpantang anak pertama. Hari ke-6, family mertua datang sempena aqiqah Alif hari ke7. Alif merupakan cucu sulung dalam keluarga en laki, cucu ke berapa puluh ntah belah akak. :) anak bongsukan..

 
Tidur bersandarkan bantal di belakang dan posisi tegak.
Selesa ke? bagi akak selesa je kedudukan begini. :)

Kaki lapik dengan bantal tau supaya tinggi sedikit. Macam ni. Gambar ni tanggal bengkung la pulak. Lepas gi toilet kot. Lupa dah. Kalau tak bengkung 10meter tu berada atas sikit je dari lutut. Nak tak nak memang kaki lurus.

Hari Ke-7, berstokin tebal, kaki lurus dan rapat, bantal lapik kaki.

Korang belum habis nak cerita tidur ketika berpantang ni.. hehe.
Ada lagi, yang ni buat akak pun kadang haru jugak... Gagal..

Tidur Waktu Matahari Naik

Selain tidur duduk ni, kiterang tak boleh jugak tidur waktu siang. Time paling best nak tidur ni la tak boleh tidur. Nak-nak lagi lepas urut, siap bengkung 10meter tu. Memang asyik kalau dapat tidur. Katanya nanti badan akan jadi lesu lemau dan sakit-sakit. Curi tidur? Tak mampu. Mak tunggu :D. Tongkat je mata dengan kayu mancis.

Tidur Waktu Senja

Dan waktu nak senja pun tak boleh tidur. Yang ni generalnya memang tahu la kan. Lesu badan kalau tidur selepas Asar. Biasanya selepas Asar dalam pukul 5 adalah waktu persiapan nak mandi malam. Dalam pantang, mandikan lama. Tambahan pula, kami mesti makan malam sebelum maghrib. Kalau tak mesti la kene bebel dengan mak. Sebenarnya memang tak sabar nak makan nasi segunung tingginya tu. Dah lapar.

 Nanti akak kongsi cerita tentang nasi tinggi gunung pula ye.

Terima kasih sudi membacanya.
Jumpe lagi! :)




2 comments: