Friday, January 6, 2017

6 Rahsia Menyusu di Bulan Pertama Yang Anda Belum Tahu.


Uwekk!! Uwekk!! Alhamdulillah lega penat lelah berhempas pulas meneran anak berjaya.

Uwekk! Uwekk!! Si Manja menangis, mommy pula kepenatan dah dalam labour room tadi. Nak berehat, nak kumpul semula tenaga macam Ultraman.. 

First time mommy, macam ni la.. Saya rasa sendiri dulu, keletihan tidur selepas bersalin.. Nurse datang bilik..

Kreekkkk… bunyi pintu bilik di buka.. “Puan, anak puan menangis. haus.. Nak minum susu” Terkejut bingkas bangun macam lepas mimpi hantu… Tengok jam kat dinding.. Ya Allah dah sejam aku tidur.. Serious!! Sejam tu rasa baru 5 minit tidur berdengkur… 
kroh kroh kroh..

Dalam hati, “Anak burung kelaparan dah ni” hehe.. nak kata lapar bisingnya menangis macam anak burung dok nunggu mak dia balik bawa makanan tepi sarang yang bunyi cit cit cit tu haaa. Bingitkan??

“First babykan..Cuba Puan susukan”
Debar mimpi hantu belum habis, ni jantung kene palu pulak lagu rock.. 
Sungguh burung kelaparan..Pandai menyusu secara alami… 
Nikmat kejadianNya yang sangat unik, Subhanallah. Teruja, terkesima.. Menitis air mata..
Kesat air mata, lalu ciuman pertama melekat di pipi, dahi.. Nurse pun berlalu pergi meninggalkan kami berduaan.


6 Rahsia Menyusu pada Bulan Pertama Kelahiran yang korang belum pernah tahu.


1. Jika boleh, kulit ke kulit bersama Si Manja sejurus melahirkan terutama 1 jam yang terawal.Baringkan Si Manja di dada dan tutup dengan selimut untuk Si Manja merasai kehangatan si Ibu. Let your baby get interested untuk menyusu. Mommy pastinya akan teruja melihat Si Manja merangkak ke puting untung menyusu. Ia di gelar breast crawl.

2. It’s Ok if Si Manja mengantuk. Si Manja sepatutnya membuang air kecil dan besar dalam masa 24 jam selepas dilahirkan. Jika Si Manja anda tidak bersedia untuk menyusu setiap 2-3jam sekali seperti yang di sarankan. It’s ok. Berikan sedikit masa kepadanya. Pasti dia akan lapar nanti. hehe..Tapi untuk Si Manja yang lahir with low blood sugar, disarankan berikan kolostrum untuk bayi anda. Just few drops cairan emas, bertapa hebatnya ciptaanNya.



3. Kulit ke kulit untuk kejutkan Si Manja yang lena tidur. Skin to skin omputih kata.. Untuk yang sedang menanti hari melahirkan, pastikan ini dalam To Do List mommy ya. Skin to skin boleh membantu untuk Si Manja latch dan makan untuk beberapa hari pertama. Bau susu ibu boleh membuatkan Si Manja anda menyusu. Snacking time!! Eh macam kita kalau baru pisang goreng dipetang hari..


4. Cuba bilik gelap!!!. Si Manja used to be aktifkan sewaktu di dalam perut walaupun mommy dah lena tidur, Rock and roll dalam perut, berombak-ombak perut mommy. So gunakan peluang ini di awal tempoh berpantang. Cuba buat bilik gelap dan tenang. Kesunyian boleh menggalakkan Si Manja untuk bangun dan mencari makanan.


5. Bersedia untuk mencuba posisi baru. Ramai Si Manja berjaya menyusu dengan posisi “laid back position” or “side lying position “. Ini kerana kedua-dua posisi menyusu ini dapat membantu Si Manja membuka mulut dengan lebih luas dan menyusu dengan lebih baik.

6. Alih bulan atau “growth spurts” adalah satu kejutan. Surprise! Jika anda rasa breast kosong pada minggu ke3, 4, 6. Ini menandakan “supply” is fine. Si Manja experience growth spurt. Apa yang perlu, mommy relax dan hydrate diri secukupnya. Minum air 3 liter sehari. Si Manja sedang meroket meningkatkan supply untuk jangka masa panjang.

Moga ia memberi manfaat buat bakal mommy diluar sana. Share post ini agar teman-teman yag sedang menanti hari juga mendapat manfaat bersama.

*****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
*****************************************************************************************


0 comments:

Post a Comment